Monday, February 4, 2013

S’wak terokai arang batu tampung permintaan industri





Posted on February 4, 2013, Monday
SIBU: Sarawak akan men­erokai sumber arang batu di negeri ini yang mempunyai simpanan kira-kira 0.5 bilion tan bagi meningkatkan keu­payaan mengeluarkan sum­ber tenaga berasaskan arang batu pada harga lebih murah bagi menampung permintaan sektor-sektor industri.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, untuk tujuan itu, kerajaan negeri telah menubuhkan satu syarikat bagi menarik peny­ertaan lebih banyak syarikat beroperasi mengeksploitasi sumber arang batu untuk mengeluarkan sumber tenaga berdasarkan perkongsian.
Berucap pada konvokesyen Kolej Laila Taib (KLT) di sini semalam, beliau berkata, melalui dasar perkongsian itu, harga sumber tenaga arang batu yang dikeluarkan itu nanti boleh dikenakan pada kadar minimum.
Seramai 316 pelajar yang berjaya menamatkan pen­gajian dalam bidang teknikal di KLT menerima diploma masing-masing daripada Ketua Menteri.
“Kita bertuah kerana mem­punyai sumber tenaga yang baik daripada hidro dan arang batu untuk membolehkan kita meletakkan asas menarik lebih banyak industri berat dan industri sampingannya bagi pembangunan Sarawak dalam tempoh 20 tahun,” katanya.
Beliau berkata, dengan adanya simpanan sumber arang batu yang banyak di negeri ini, Sarawak berhasrat membina lebih banyak stesen jana kuasa yang digerakkan arang batu untuk meng­hasilkan sumber tenaga yang murah.
Terdahulu, Taib, yang juga Menteri Perancangan Sumber negeri, berkata di bawah perancangan SCORE (Ko­ridor Tenaga Diperbaharui Sarawak), Sarawak berpotensi menghasilkan 20,000 mega­watt sumber tenaga.
“Sumber tenaga yang akan dikeluarkan itu secara relatif­nya lebih murah berbanding tempat-tempat lain di ne­gara ini, yang kebanyakannya daripada hidro,” katanya.
Sementara itu, Taib ber­kata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir daripada kalangan rakyat tempatan dalam pelbagai bidang te­knikal bagi menampung permintaan sektor-sektor industri di negeri ini ter­masuk penghasilan sumber tenaga daripada arang batu dan hidro. — Bernama


No comments:

Post a Comment